Tuesday, October 28, 2008

Topik Untuk Kongsi Bersama.....

Panduan Miliki AnaK Soleh

Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT. Mendidik mereka dari lahir hingga dewasa merupakan tugas utama yang perlu dipikul ibu dan ayah. Jika si anak menjadi insan mulia dan cemerlang, pastinya ia membuktikan kejayaan kedua orang tua mendidiknya mengikut landasan agama Islam. Sekiranya anak membesar sebagai seorang yang bermasalah, sudah tentu ia lahir daripada didikan yang kurang sempurna oleh ibu bapanya. Maka jika mahukan anak-anak anda tergolong dalam golongan insan yang mulia dan cemerlang, asuh dan bimbinglah mereka mengikut ajaran yang terbaik. Garis panduan mendidik anak berikut patut menjadi amalan semua ibu bapa.
Untuk mendidik diri agar menjadi insan yang solehah perlulah banyak melakukan amalan yang terpuji, berusaha untuk meninggalkan dosa-dosa yang kecil apatah lagi dosa-dosa besar. Jangan tinggalkan amalan yang wajib, jalinkan silaturrahim dengan sanak saudara dan menghormati kedua ibu bapa, kerana keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibu bapa terhadap kita. Namun yang paling penting tutuplah aurat agar kehidupan mendapat keberkatan Allah SWT. Banyakkan membaca Al-Quran dan berzikir, insya-ALLAH, hati akan menjadi tenang. Doa-doa untuk mendidik hati dan diri, antaranya seperti berikut:
Doa agar terhindar dari kesesatan (Ali Imran ayat 8).Doa agar tetap pendirian (Ali Imran 147).Doa agar diberi rahmat (Al A'raf 23).


Perkembangan Anak (0 - 12 Bulan) Cara Selamat Mengendalikan Bayi

Mengendalikan bayi yang baru lahir pastinya begitu sukar untuk wanita yang baru bergelar ibu. Ketika ini bayi tidak dapat mengawal kepala atau ototnya sehingga berusia kira-kira lapan minggu. Jadi, ketika anda cuba memegangnya lakukan dengan cara cermat.
Ikuti panduan bersama NORHASLIZA YUSOFF untuk mengurangkan rasa kekok anda apabila mengangkat dan meletakkan bayi baru lahir. Serta dapatkan juga cara mendukung bayi dengan betul, selain mendukung bayi cara membuai dalam lengan terdapat dua lagi cara yang selamat untuk anda mendukung bayi yang masih kecil. Ikuti panduan yang disediakan di dalam PA&MA edisi November 2008
Kehamilan / Kelahiran25 Simptom Sewaktu Hamil

PENGALAMAN kehamilan merupakan satu pengalaman yang unik. Ia berbeza di antara anak-anak yang kita kandungi, walaupun anak-anak itu hasil daripada ibu bapa yang sama. Dalam melalui kehamilan, janganlah segan bertanya jika mengalami apa-apa masalah. Jika perlu, tanyalah doktor atau jururawat yang bertugas. Jika kurang puas hati, dapatkan pendapat dari klinik antenatal dan pendapat doktor yang lain. Sikap proaktif amat penting dalam kehidupan. Lebih-lebih lagi sewaktu mengandung. Membaca buku dan artikel kehamilan memang bagus tetapi jangan panik, misalnya jika diserang sakit kepala. Berfikirlah secara rasional. Jika sakit kepala berlaku tanpa simptom-simptom lain dan pemeriksaan tekanan darah adalah normal, puan tidak perlu risau tentang pre-eklampsia.
Namun ada juga kes di mana si ibu yang mengalami sakit kepala sehingga mata kabur, diikuti dengan sakit ulu hati dan muntah, tidak pula datang ke hospital kerana beranggapan ia cuma gastrik atau salah makan. Padahal wanita sebeginilah yang amat disyaki sebagai kes pre-eklampsia. Jika ragu-ragu, langkah terbaik adalah berjumpa doktor walaupun terpaksa mengejutkan suami supaya bangun pada pukul 1 pagi.
Masalah atau simptom yang berlaku ketika seseorang wanita hamil boleh menimbulkan kerisauan. Sering bermain di fikiran, apakah ia normal atau mungkinkah petanda bahaya? Ketahuilah simptom-simptom yang perlu dikenal pasti agar tidak menjejaskan anda dan kandungan jika dibiarkan berterusan bersama INTAN JASTINA JAMALUDDIN.
1. Padangan kaburPandangan mungkin sedikit kabur ketika anda bersenam. Ini menandakan tubuh mengalami dehidrasi. Jadi, minum lebih banyak air untuk menstabilkan kembali jumlah cecair tubuh anda.
2. PendarahanTompokan darah di awal kehamilan adalah perkara biasa. Anda mungkin mengalaminya selepas bersenggama kerana berlakunya perubahan hormon di lapisan sel serviks.
3. Sakit kepalaHal ini disebabkan oleh hormon kehamilan yang “menyerang” saluran darah di otak. Hal yang sama berlaku jika paras gula terlalu rendah dalam darah sehingga menyebabkan anda sakit kepala. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap dapat membantu anda meatasi masalah ini.
Dapatkan artikel penuh "25 simptom sewaktu hamil" di dalam PA&MA edisi Julai

Monday, February 25, 2008

IrFan



comel tak gambar irfan masa berumur 1 hari hinggala 1 tahun.... lawa anak umi.....

Saturday, February 16, 2008

Visit Aquaria KLCC....



Dah siap bersedia nak keluar jalan2...
irfan : lambatla umi dan abah ni.... boringnyer tunggu...













Seronok juga dapat bercuti satu famili ni.... cuti panjang macam ni la baru dapat bawa anak jalan2.... maklumla husband asyik sibuk kerje aje..... takperla... cari rezeki utk kerluaga.... (saje sedapkan hati hehehehe.....) Pergi Aquaria masa cuti thn baru cina lepas... saje bawa irfan tengok animals... seronok dia... tengok ular siap tersengeh lagi.... macam2 dia tengok sampai mengantukla..... ni time irfan nak tekok cermin nak usik labi2... seronoknyer irfan tengok anak buaya ni.....

yang kesian abahnyerla... baru berangan nak bergambar satu famili katphoto family irfan dah tido... kesian tengok muka dia... apa kan daya... hehehe... takde rezeki...

Thursday, February 7, 2008

Jom Ke Zoo Negara.....




Seronok juga gi zoo negara ni... dulu masa kecik2 pernahla pergi.. tp biasa aje.... sekarang bila pergi bawa anak ni lain rasanyer.... masa pergi zoo ni miera bawa adik2 miera sekali... maklumla U tengah cuti semesterkan bawalah sekali.... mereka pun nak main dgn irfan juga.... puas juga irfan tengok animals kat sini.... terang mata irfan masa kat sini... pergila bawa anak2 seronok......










ini gambar masa mula2 sampai.... sempatla ambik kat depan peta zoo ni... time ni irfan tengah sibuk perhatikan orang lalu lalang... nak pujuk bergambar pun payang....








gambar ni masa nak bagi rusa makan.... si irfan ni bukannyer nak bg rusa ni makan... dia nak bg tangan dia kat rusa ni... makcik2 punyerla takut... dia stady aje.....

ni abah yang bg makan ker anak yang bagi makan ni? hehehhe.....

ni lepas dah penat bagi rusa makan ker?

seronoknyer irfan...... suker dia....

ini tengah khusyuk tengok harimau bintang... irfan pun suke...

kesian irfan penat.... nasib baik botol penyelamat ader... dapatla sikit tenaga... tp sempat juga jeling kamera tu....


irfan suker tengok animal.... ni masa kat kandang kancil... ternganga mulut dia tengok... siap nak berdiri... tak nak dukung .... ikutkan hatinyer nak suruh lepaskan tangan time ni...














masa kat zoo ni kami sempat bergambar dengan burung kakak tua ni... jinak tau... kalo nak bergambar kena bayar RM 2 aje..... irfan pun seronok time tu.....











kalo nak tahu kat sini tempat yang paling favorite husband miera.... dia suker tengok gajah... irfan mula2 terkedu jap sebab gajah ni besar.. lepas tu ok dah... cuma time ni dia dah start mengantuk sebenarnye.... so payah juga nak suruh bergambar.....

ni gambar kenangan semasa dikandang zirafah... time ni irfan dah tak senang duduk dah.... macam2 aksi dia dah start buat..... yang lain lak lebih melaramnyer depan kamera.......

ingat lepas ni nak terus balik ternampak lak photo corner ni... saje telak irfan atas patung gajah ni suker lak dia... hilang ngatuk kot.....

kenangan bersama replika gajah...

ni hadiah yang irfan dapat selepas penat dibawa ronda tengok animals....... kesian dia penat... kalo nak cerita banyak lagi ni tapi cukupla setakat ni aje... karang boring lak nak baca.....

Friday, November 2, 2007

RAya Pertama Di Muar Lak....

ni gambar kenangan di muar lak.. tengokla irfan tu dah mula moody.. maklumla dah start rimas pakai baju melayu... dan dah time ngantukla..... kat sini tak banyak sangat gambar yg ambik...














ni gambar kenangan irfan bersama tok mak dan tok ayah dia......

ni pulak gambar irfan dengan moyang perempuan dia... time ni dia memang dah moody sangat.. siap buat muka kesian dah ni...
irfan: tolong la.... dah penat ni.. susu...susu....

inila gambar kenangan bersama sebelum pak long dan mak long Niza irfan naik pelamin.....

Thursday, November 1, 2007

Raya Pertama Irfan Di Melaka...

ni adalah kali pertama irfan beraya... seronoknyer.... first time ni beraya kat melaka dulu.. lepas tu kami ke muar lak.. abah tak sabar nak makan lodeh dan satay goreng... tema tahun ni kuning... sbb baju irfan tok mak jahit warna kuning so umi dgn abah dia mlm B4 balik kg sibukla cari baju warna kuning... hehehe....

inila.. aktiviti selepas menunaikan sembahyang sunat aidilfitri... aktiviti makan dan bermaaf-maafan.. selalunyer time ni la budak2 suke.. sbb dpt duit raye.... lepas tu baru bergambar dgn family...
Gambar2 kenangan di melaka.....
















Gambar bersama arwah moyangnyer.....



Gambar ni kami ambik sebelum beraya di Muar lak.. punyer la payah nak suruh irfan fokus kamera... hehehe.. nama pun budak2 kan.. hehehe.. yg control macho pakcik2nyer... heheh
e....

Thursday, September 20, 2007

My Self



Assalammualaikum.. hai dalam ni just nak story about my family.. just nak kongsi bersama kawan2 semua....


Miera kenal husband dah lama since bangku sekolah lagi.. dulu selalu jugak gaduh... tak sangka jodoh panjang... :D Married pada 02rd December 2005( hari Jumaat lepas Asar). berdebar juga nak jadi isteri orang ni... Selamat selepas satu lafaz.. dan dinikahkan oleh bapa tersayang....


Dimurahkan rezeki 5 bulan selepas tu disahkan mengandung. Tanggal 21hb Febuari 2007(3hb safar 1428) jam 10.35 pagi maka lahirlah seorang putera yang sihat dan comel barnama Muhammad Irfan bin Mohd Sanusi..


Kini tuhan murahkan sekali lagi rezeki Miera disahkan mengandung. Sekarang dah nak masuk 4 bulan usianya.. penat juga kali ni badan... tp takper yang penting family miera bahagia...


Tanggal 23hb Mac 2008 Miera rasa badan lain macam bg tahu husband, kami terus jumpa doktor kena tahan wad satu malam.. Sedih juga bila dikenangkan :(.... Genap umur Miera 28 tahun... baby Miera gugur... sedihnyer rasa tuhan saja yang tahu perasaan seorang ibu... mungkin rezeki Miera 'DI SANA' insya allah..... baby boy juga... takpela tuhan lebih sayangkan dia... Miera dimurahkan rezeki dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. insya allah....